Dah siap......

kad hijau aku dah ada skrang.....ni yg semangat nak gi site ni...... harussss.....
tapi minggu ni aku tak dapat nak turun mana2 site coz ada tugasan nak settlekan sebelum kul 5pm esok.....

harapnya semua dpt settle.... ni kawan2 tgh sibuk kumpul data kat site, aku plak kena wat presentation untuk meeting hari isnin ni.....takpelah labu, kayuh pelan2.....

Kad Hijau CIBD


LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN.....
atau nama singkatnya CIBD......
today aku n member opis ada kursus CIBD kat INTEKMA s.alam....
kursus ni membolehkan kitorang mendapat KAD HIJAU....

apa tu kad ijau???....aku pun taktau....hahahhahahahha...

takdelah, kad hijau ni cam kad insurans yang dinaungi kerajaan..... pemegang kad ni melayakan seseorang tu dapat perlindungan insurans....
Majlis dirasmikan oleh Pengarah UPEN negeri...
So, lepas ni aku dah tak risau2 lagi kalau nak masuk site...Tapi masa kursus tu, cikgu banyak terangkan macam2, dari kepentingan kad hijau dan kesan2 kalau tak patuh arahan keselamatan ditempat kerja.....

banyak gambar2 kejadian kemalangan yg CIBD tak sebarkan kat umum diorang tunjuk masa kursus ni....

antaranya kalau korang ingat kes seorang doktor terhempap dinding binaan keluli kat area SRI HARTAMAS....doktor tu naik kete BMW, meninggal dunia serta merta manakala wife n pemandunya parah....

menakutkan gambarnya. ada aku snap tapi tak sesuai plak nak publish kat sini....

tapi pasal CIBD ni, hubby tunfrida mesti dah terer n mahir coz memang itu rasanya dihadapnya hari2, KESELAMATAN DI tempat kerja....
harus aku sempat mensnap gmbr aku....hehehhehe

kursus abis dalam kul 4.15pm......hepi aku coz abis awal...dalam aturcara dalam kul 5 baru abis...

tadi ada penyampaian kad hijau tu, tapi hanya wakil jabatan je yang naik pentas..esok dapat lah kad tu kat opis, nanti aku publish kay.....

actually, msti dah ramai yg ada kad hijau ni kan, cuma aku je lambat gi kursus....takpe lah, janji aku dah ada kad tu, yessss!!!!!!

JUARA Piala FA..!!!


SYUKUR...syukur..........Selangor JUARA lagi......


malam tadi aku berjaya menjadi salah sorang dari 50k penyokong selangor.....mmang best giler kalau dapat ramai2 camni....

kisahnya....
aku dah sampai awal smalam, dalam kul 4.30pm. Semangat beb!... ....takde lah, aku antar wife ke Hotel Grand Season KL, ada seminar setiausaha...my wife kena daftar sebelum kul 5pm, so aku antar n sampai sana dalam kul 4pm.... dah lama aku tak turun KL, rupanya dah banyak gak berubah. kat jalan tun razak dah banyak bangunan yg didirikan like petrol pump..hehehhe..
aku memang pasti dengan perubahan2 yg ada kat KL tu coz aku blajar kat UTM jalan semarak....

nak tau apa jadi time aku sampai?..... aku terasa cam kat KeLANTAN! ramai giler diorang kat merata stadium.....sampaikan aku diEJEK2 n disakat2 dek diorang.....
aku cam biasa, pakai baju yg aku start pakai 5 tahun yg lepas, hehehhe tahan baju aku ni yerks

aku dimaklumkan diorang ni dah sampai seawal kul 6am.....

aku dok lepak je kat surau n kejap2 gi minum kat kedai depan surau tu....dalam kul 6.30pm barulah GELOMBANG MERAH KUNING sampai berduyun2.....lega aku, baru lah selesa nak berjalan masuk ke Stadium.....

aku masuk lewat coz nak solat Maghrib dulu....nasib aku tggu je kat dalam surau dari kul 6pm.... so aku dapat lah jemaah yg 1st....kuar2 dari surau, mak ai! ramai giler yg menunggu nak solat.....

tapi aku rasa bagus diorang2 ni, walau nak tgk bola pada aksi final ni, tak tinggal solat pun....

waktu aku solat tu, penyokong selangor leh dikira dngan JARI je beb! maybe diorang solat kat luar dulu baru masuk stadium.....

tapi penyokong kelantan memang best, aku masuk stadium dalam kul 8pm, diorang dah penuhkan separuh dari ruang duduk!!!! fanatik diorang ni, tapi itu yg bagus......baru leh lawan sorak......
nampak kan, penyokong kelantan, ramai giler...
dalam stadium biasalah....... MEXICO WAve lah kitorang.... dari selangor ke kelantan same2 hebat......

TAPI kaler bendera cam biasalah......MErah Kuning lebih menonjol.......

apapun, malam tadi memang tuah milik selangor, DAN secara TRADISINYA selangor pasti muncul sebagai JUARA......

untuk piala LIGA n PIALA MALAYSIA.......harap tuah dan rezeki milik pasukan SELANGOR DARUL EHSAN.....



piala FA 2009


Selangor vs Kelantan....

today aku dah tak sabar nak turun ke stadium bukit jalil......
sebab......aku nak pastikan yang aku menjadi salah satu titik gelombang ombak merah kuning malam ni....
best wooooo!
malam ni seperti yang semua orang tau, game mesti rancak n mendebarkan......
SELANGOR DARUL EHSAN memang sebuah pasukan TRADISI untuk champion dalam aksi final.....
so malam ni, kelantan mesti berjaga2......
tak dinafikan team kelantan ni dah makin improve.....lagi2 dengan coach yang pandai brbahasa melayu......
aku juga tak nafikan kemampuan coach tu, msti ada strategi rahsia yang akan diterapkan....


apapun, aku doakan moga team selangor berjaya lagi malam ni....seperti kebiasaannya......